BAKI RM65K DIPERLUKAN SEGERA UNTUK RAWATAN & PEMBEDAHAN SUSULAN ADIK FARIS!

BESAR UJIAN KELUARGA PUAN SURIHANI
Kegembiraan menerima cahaya lelaki sulong dalam keluarga Puan Surihani diuji apabila Faris disahkan menghadapi masalah jantung berlubang pada umur anak ini 8 hari.
Pada bulan Februari lepas, Faris telah menjalani pembedahan pertama iaitu pembedahan Coarctation of Aorta Repair dan PA Banding (untuk mengurangkan darah ke paru2 )di Hospital Gleneagles.
KEADAAN TERKINI FARIS
Sehingga kini Faris terpaksa memakai tiub oksigen dan minUm hanya menggunakan tiub atas keadaan Faris yang masih memerlukan rawatan dan pembedahan susulan.
Dengan keadaan seperti ini, Puan Suriani hanya menjadi suri rumah menguruskan anak-anak. Manakala suami, hanya bekerja sebagai pemandu van dengan gaji RM1500 sebulan bagi menampung mereka anak beranak.
Setelah berjumpa dengan keluarga ini, kami bersetuju untuk membantu sama-sama biayai kos perubatan adik Faris sebanyak RM80K.
UBATAN YANG DIPERLUKAN
Terkini, terdapat 3 jenis ubat yang perlu diambil oleh adik Faris untuk mengurangkan air dalam badan disebabkan kegagalan jantung berfungsi dengan baik dan secara normal, iaitu:
- Furosemide
- Spirinolactone
- Sildenafil
RAWATAN SUSULAN & UPDATE BANTUAN YANG TELAH DISAMPAIKAN:
Jumlah bantuan yang diperlukan untuk membantu adik Faris adalah sebanyak RM 80K.
Pada 18 June 2020 yang lepas, kami telah menyampaikan bantuan anda sebanyak RM 15K kepada keluarga adik Faris.
Namun, adik Faris memerlukan baki bantuan sebanyak RM 65K untuk menjalani rawatan selanjutnya.
MARILAH SAMA-SAMA KITA BANTU ADIK FARIS
InsyaAllah marilah kita sama-sama mendoakan agar adik Faris dapat menjalani rawatan secepat mungkin.
Keprihatinan dan bantuan kita semua sangat diperlukan oleh adik Faris tuan puan.
PAKEJ BANTUAN ADIK FARIS
Anda boleh pilih pakej dibawah untuk menghulurkan bantuan kepada adik Faris:
✅ AID 4 FARIS 1000 - RM 1000
✅ AID 4 FARIS 500 - RM 500
✅ AID 4 FARIS 50 - RM 50
✅ AID 4 FARIS 30 - RM 30
InsyaAllah sama-sama kita doakan keluarga ini tabah dan semoga adik Faris dapat menjalani pembedahan susulan secepat mungkin dengan adanya bantuan dari anda semua, semoga Allah membalas setiap rezeki yang dikongsikan dengan 1000 kebaikan, Aamiin YRA.
Anda boleh scroll bawah untuk isi butiran.
Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah. Bank : Maybank Nama : MyFundAction No akaun : 5505 1097 0218 Reference : “Faris" |