Akaun myfahealth.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.



“Maafkan mama sayang, mama tak sanggup nak tengok ketumbuhan keluar dari mata Mardhiah” - Puan Natasha 


Hati ibu mana tak sedih apabila puteri sulung beliau diuji dengan penyakit yang mengancam nyawa.


Adik Nur Mardhiah Shahadah Binti Abdul Hadi menghidap kanser mata tahap 3 pada umur 4 bulan.


Allahu, pada umur semuda itu adik Mardiah diuji.




Terpaksa dibuang untuk elak sel kanser merebak


Kesan daripada kanser mata yang dihidapi, Doktor tiada pilihan melainkan meminta izin untuk membuang mata kiri adik Mardhiah supaya sel-sel kanser tidak merebak ke anggota badan yang lain.


Walaupun berat hati si ibu untuk membuat keputusan, namun apa yang diharapkan hanyalah kesihatan Mardhiah.


Pada Februari 2019, adik Mardhiah telah selamat menjalani pembedahan mata di Hospital Kuala Lumpur.




Adik Mardiah juga menghidapi masalah genetik “rare”


Selain menghidapi kanser mata, setelah diagnosis oleh Doktor, si kecil ini juga disahkan mengalami masalah genetik Chromosome 13Q Deletion Syndrome yang mana sangat jarang ditemui.


Setakat ini Mardiah adalah salah seorang dari 2 pesakit yang dikesan masalah Chromosome 13Q Deletion Syndrome di Malaysia.


Kesan dari itu, tumbesaran adik Mardhiah terbantut, tak seperti anak kecil lain yang sebaya dengannya.


Berat Mardhiah sekarang hanyalah 9kg, dan anak ini tidak boleh berjalan, hanya boleh merangkak dan duduk dan memerlukan botol susu khas untuk memudahkan adik Mardiah minum.




Rawatan susulan perlu diteruskan supaya adik Mardhiah dapat bertahan...


Bagi memastikan adik Mardhiah dapat membesar sihat seperti kanak-kanak yang lain, dia perlu menjalani beberapa rawatan kemoterapi setiap 2 minggu di HKL.


Dan ianya memakan kos yang agak tinggi untuk Puan Natasha berulang alik Ipoh-KL, kerana kos pengangkutan saja telah menelan kos sebanyak RM 480 sebulan.


Itu belum lagi masuk dengan kos susu khas yang perlu diminum adik Mardhiah yang memerlukan kos sebanyak RM 552 sebulan.


Allahu total untuk sebulan saja ibu ini memerlukan kos RM 1032 hanya untuk mengendalikan Madhiah.


Dengan keadaan Puan Natasha yang tidak bekerja menjaga Mardhiah dan pendapatan suami sebagai buruh kasar sebanyak RM 1500 sebulan, ianya tidak cukup untuk menampung keperluan mereka anak beranak tuan puan.






BANTU SI KECIL MARDHIAH TERUS BERJUANG


Atas dasar prihatin pada nasib yang menimpa keluarga ini, tim MyFundAction menyediakan bantuan untuk membantu keluarga Puan Natasha dan dan kanak-kanak lain yang senasib untuk meringankan beban mereka yang kurang bermampuan.


Setiap bulan, kami sasarkan 250 kanak-kanak yang mengalami masalah genetik seperti adik Mardiah akan merima bantuan sokongan untuk menganggung kos rawatan dan saringan diagnosis mereka.


Percayalah tuan puan, bantuan kita baik besar mahupun kecil jumlahnya, ia begitu besar maknanya untuk anak kecil seperti Mardhiah untuk hidup normal seperti anak-anak kecil yang lain. 




Anda boleh pilih pakej di bawah untuk ringankan beban:


 PAKEJ A - RM 300

 PAKEJ B - RM 100

 PAKEJ C - RM 50

 PAKEJ D - RM 30




Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580)


Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Bank : Maybank

Nama : Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (MyFundAction)

No akaun : 5505 1097 0218

Reference : “MARDHIAH”