Tambah Pahala Jumaat: " Anak2 Ini Boleh Hidup Normal Jika diagnosis Awal, Ayuh Bantu Mereka! "

Setiap tahun, sekitar 3% atau 16,500 daripada 550,000 bayi di Malaysia menghidapi keabnormalan kongenital dan sekitar satu per tiga meninggal dunia sebelum mencapai usia satu tahun akibat daripada penyakit tersebut.
Untuk pengetahuan semua, sindrom genetik ini jarang berlaku. Sindrom-sindrom boleh dikesan ketika lahir atau pun melalui diagnosis apabila bayi sudah besar.
Namun, terdapat 8,000 kanak-kanak kini dalam senarai menunggu di Hospital Kuala Lumpur untuk dapatkan diagnosis awal.
Mereka semua disyaki menghidapi penyakit rare disease (kategori genetik) yang bakal menyebabkan mereka tidak normal seperti kanak-kanak lain.
Soalnya, Kenapa Masih Ramai Yang Menunggu Untuk Dapatkan Diagnosis Awal?
Kerana kos menjalankan satu ujian pengesahan penyakit genetik menelan belanja yang agak besar. Iaitu sekitar RM3,000 hingga RM10,000 seorang.
Tak termasuk lagi kos rawatan bulanan yang perlu dikeluarkan lepas ujian pengesahan diambil. Ia boleh mencecah RM500K setahun untuk seorang pesakit genetik.
Kebanyakan ibu bapa tidak mampu untuk menampung kos ini, kerana mereka bukan berasal dari keluarga yang senang.
Sebenarnya, kanak-kanak ini boleh hidup normal jika didiagnos lebih awal ataupun sekurang kurangnya boleh berdikari tanpa bantuan ibu bapa.
Sebaliknya, jika mereka tidak dapat diagnosis dan rawatan awal, doktor membuat anggaran mereka dapat hidup sehingga 2 tahun saja.
Kesan penyakit ini, mereka mungkin tidak dapat berjalan, makan guna tiub dan tidak dapat ke sekolah disebabkan kesihatan otak yang teruk.


Apa Yang Kita Boleh Bantu?
Atas dasar kemanusiaan, MyFundAction mengambil inisiatif bekerjasama dengan Genetik Hospital Kuala Lumpur untuk membantu 10 kanak-kanak mendapat diagnosis awal setiap bulan.
Tapi misi tersebut tidak dapat dijalankan jika kami tidak dapat sokongan dan bantuan dari rakyat malaysia yang prihatin.
Ayuh, sama-sama kita realisasikan harapan anak-anaik kecil ini untuk sembuh dan hidup normal seperti kanak-kanak lain..
Sasaran Sebanyak RM300,000 diperlukan untuk membantu anak-anak ini
Kemampuan kami adalah dari segi kemahiran di mana kami berkongsi nasib anak-anak ini kepada anda sebagai satu altenatif untuk membantu mereka Namun, kami tidak mampu untuk membantu dari segi kewangan jika tiada sokongan dari rakyat malaysia yang sememangnya prihatin.
Hasil wang yang anda beri, memberi harapan kepada anak-anak ini untuk mendapat rawatan susulan dengan lebih cepat dan kemungkinan untuk mereka pulih sangat besar.
Hari Ini Kita Bantu Orang, Esok-esok Orang Bantu Kita
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261 :
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Bagaimana Nak Hulurkan Bantuan?
Anda boleh pilih pakej di bawah ikut pilihan hati masing-masing :
Pakej Happiness = RM300
Pakej Generous = RM150
Pakej Empathy = RM50
Pakej Kindness = RM30
Didoakan moga Allah SWT mudahkan segala urusan hidup anda dan dilipatgandakan rezeki. Amin YRA.
Anda boleh scroll bawah untuk isi butiran.
Untuk bantuan secara
manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : Maybank Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION) No akaun : 5505
1097 0218 Reference
: “Genetik" |