Akaun myfahealth.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Kongsi Rezeki : Taja kos diagnosis 10 pesakit genetik agar dpt hidup normal. RM200k Diperlukan!

Kongsi Rezeki :  Taja kos diagnosis 10 pesakit genetik agar dpt hidup normal. RM200k Diperlukan!


Rupa-rupanya terdapat
 8,000 kanak-kanak yang berada dalam senarai menunggu di Hospital Kuala Lumpur untuk dapatkan diagnosis awal.

 

Mereka semua disyaki menghidapi penyakit rare disease (kategori genetik) yang bakal menyebabkan mereka tidak normal seperti kanak-kanak lain. 

 

Sila tonton video ini…



 

Hati jadi sebak saat Pak Cik (Ishak Ahmad) dalam video ini kata, “Sentiasalah bersyukur. Bila kita rasa, kita paling susah. Sebenarnya ada lagi susah.”


Nak jaga seorang anak yang ada penyakit rare disease pun dah terasa berat, apatah lagi 3 orang anak. Berat sungguh ujian yang mereka terima.

 

Ini baru satu kes. Di Hospital Kuala Lumpur, ada banyak lagi kes seperti ini yang berada dalam senarai menunggu untuk di diagnos.





 

Soalnya, Kenapa Masih Ramai Yang Menunggu Untuk Dapatkan Diagnosis Awal?

 

Kerana kos menjalankan satu ujian pengesahan penyakit genetik menelan belanja yang agak besar. Iaitu sekitar RM3,000 hingga RM10,000 seorang.

 

Tak termasuk lagi kos rawatan bulanan yang perlu dikeluarkan lepas ujian pengesahan diambil. Ia boleh mencecah RM500K setahun untuk seorang pesakit genetik. 


Ramai ibu bapa yang tak mampu nak tampung kos ini, tuan puan.


Sebenarnya, kanak-kanak ini boleh hidup normal jika didiagnos lebih awal ataupun sekurang kurangnya boleh berdikari tanpa bantuan ibu bapa.


Sebaliknya, jika mereka tidak dapat diagnosis dan rawatan awal, doktor membuat anggaran mereka dapat hidup sehingga 2 tahun saja. 

 

Kesan penyakit ini, mereka mungkin tidak dapat berjalan, makan guna tiub dan tidak dapat ke sekolah disebabkan kesihatan otak yang teruk.








 

Apa Yang Rakyat Malaysia Boleh Bantu?

 

Atas dasar kemanusiaan, MyFundAction mengambil inisiatif bekerjasama Genetik Hospital Kuala Lumpur untuk membantu 10 kanak-kanak mendapat diagnosis awal setiap bulan. 

 

Sasaran RM300,000 diperlukan.


Kami ada kemampuan dari segi kemahiran untuk bantu anak-anak ini. Namun, misi ini takkan tercapai tanpa bantuan kewangan daripada anda. 


Hasil wang yang anda beri, memberi harapan kepada anak-anak ini untuk hidup normal dan mendapat rawatan susulan dengan lebih cepat.

 

Hari Ini Kita Bantu Orang, Esok-esok Orang Bantu Kita

 

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261 :

 

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

 

Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”






Bagaimana Nak Hulurkan Bantuan?

 

Anda boleh pilih pakej di bawah ikut pilihan hati masing-masing : 


Pakej Happiness = RM300

Pakej Generous = RM150

Pakej Empathy = RM50

Pakej Kindness = RM30

 

Didoakan moga Allah SWT mudahkan segala urusan hidup anda dan dilipatgandakan rezeki. Amin YRA.

 

Anda boleh scroll bawah untuk isi butiran.



Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

 

Bank : Maybank

Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)

No akaun : 5505 1097 0218

Reference : “Genetik"