Akaun myfahealth.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Bapa Hanya Pemandu Lori Dengan Gaji RM1200, Perlu Sediakan Rm25k Kos Rawatan Jantung Anak

Bapa Hanya Pemandu Lori Dengan Gaji RM1200, Perlu Sediakan Rm25k Kos Rawatan Jantung Anak

Jantung berlubang berlaku apabila terdapat kerosakan pada struktur jantung dan saluran utama. Banyak jenis kerosakan jantung berlaku, kebanyakannya sama ada menghalang aliran darah dalam jantung atau saluran berhampiran dengannya atau menyebabkan darah mengalir dalam jantung pada arah yang berlawanan.


Dan ini yang sedang terjadi kepada masyarakat sekeliling kita! Bahkan boleh berlaku kepada keturunan kita yang akan datang. Nauzubillah...




Cuba bayangkan ada doktor yang menyatakan khabar sedih ini tentang keadaan anak kita, tentu saja luluh hati kita. Itu lah yang sedang dialami oleh keluarga Adik Qaleysya Sofea kini. Terasa berat sungguh ujian yang dialami.




Penyakit 10 Tahun Lalu Datang Kembali Menyerang Adik Qaleysya Sofea


Adik Qaleysya berusia 10 tahun mengalami masalah jantung jenis TOF di mana salah satu penyakit jantung bawaan, seawal kelahiran 1 bulan. Ketika berusia 1 tahun, adik Qaleysya telah pun menjalani pembedahan jantung bagi membetulkan saluran darah yang sempit dan bahagian injap yang bocor itu.


Namun kini setelah diperiksa semula di hospital, penyakit yang 10 tahun lepas kembali dengan simptom batuk berdarah dan sukar untuk bernafas.




Bapa Hanya Pemandu Lori, Perlu sediakan Kos Rawatan Anak Rm25k

                                         

Apa yg meluluhkan hati kami, mereka perlu menyediakan kos rawatan Adik Qalesya sebanyak RM25k dengan kadar segera.


Keadaan ini sangat menguji keluarga Adik Qalesya, dimana ayahnya hanya seorang pemandu lori dengan pendapatan hanya RM1200 sebulan. Allahu!


Nilai Rm25K ini sangat besar dan diluar kemampuan keluarga adik Qalesya. Namun keluarga ini tidak patah semangat dan berusaha mencari sumber bantuan dari sahabat dan zakat.


\



  



Begitulah Realitinya, Tidak Semua Anak2 Kecil Ini Bernasib Baik…


Dikatakan pada tahun 2016 saja, ada 400 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang menghidap jantung berlubang meninggal dunia.


Sekarang ini, masih terdapat ramai kanak-kanak yang dalam senarai menunggu untuk dibedah. 


Tetapi kos untuk menjalankan pembedahan terlampau tinggi. Satu pembedahan saja boleh menelan belanja RM25,000 hingga RM60,000 seorang.



                      


Kebanyakan ibu bapa kanak2 ini bukan orang senang dan mereka perlu kerja keras untuk mengumpul dana perubatan anak mereka. Bayangkan ke mana lagi mereka nak korek duit. Anak-anak ini pula jika lambat buat pembedahan, boleh mengancam nyawa mereka.                          


Bagaimana Kita Boleh Bantu Sebahagian Dari Mereka?

.

Kami MyFundAction atas dasar prihatin,  melancarkan Tabung My Heart supaya kita sama-sama dapat bantu ringankan beban ibu bapa yang miliki anak-anak pesakit jantung.



Ada ramai lagi anak-anak kecil yang perlu kita bantu dan mereka sedang tunggu giliran untuk menerima bantuan supaya dapat menampung kos pembedahan.



Berapa Sasaran Dana Yang Diperlukan?


Setakat ni, kami sasarkan untuk menampung kos pembedahan 10 kanak-kanak setiap bulan dengan jumlah dana RM300,000.


Mereka ini kritikal dan sedang menanti untuk dibedah. Mereka nak sangat hidup dan bermain seperti kanak-kanak normal yang lain. 



Mungkin RM10 sedikit bagi anda, namun ia sangat bermakna buat mereka. Mereka kini berjuang untuk hidup. 



Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261 :


“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.


Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”


Walaupun kecil, nilainya sangat besar di sisi Allah.



Bagaimana Nak Hulurkan Bantuan?


Anda boleh pilih ikut pakej di bawah mengikut kemampuan masing-masing:


  • Pakej Generous = RM300
  • Pakej Empathy = RM100
  • Pakej Kindness = RM50
  • Pakej Sincere = RM30


Didoakan moga Allah mudahkan segala urusan hidup anda dan dilipatgandakan rezeki. Amin YRA. 


Anda boleh scroll bawah untuk isi butiran.


Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Bank : Maybank

Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)

No akaun : 5505 1097 0218

Reference : “Jantung"