Bapa Hanya Pemandu Lori Dengan Gaji RM1200, Perlu Sediakan Rm25k Kos Rawatan Jantung Anak.

Jantung berlubang berlaku apabila terdapat kerosakan pada struktur jantung dan saluran utama.
Banyak jenis kerosakan jantung berlaku, kebanyakannya sama ada menghalang aliran darah dalam jantung atau saluran berhampiran dengannya atau menyebabkan darah mengalir dalam jantung pada arah yang berlawanan.
Dan ini yang sedang terjadi kepada masyarakat sekeliling kita!
Bahkan boleh berlaku kepada keturunan kita yang akan datang. Nauzubillah...
Cuba bayangkan ada doktor yang menyatakan khabar sedih ini tentang keadaan anak kita, tentu saja luluh hati kita. Itu lah yang sedang dialami oleh keluarga Adik Qaleysya Sofea kini. Terasa berat sungguh ujian yang dialami.
Penyakit 10 Tahun Lalu Datang Kembali Menyerang Adik Qaleysya Sofea
Adik Qaleysya berusia 10 tahun mengalami masalah jantung jenis TOF di mana salah satu penyakit jantung bawaan, seawal kelahiran 1 bulan.
Ketika berusia 1 tahun, adik Qaleysya telah pun menjalani pembedahan jantung bagi membetulkan saluran darah yang sempit dan bahagian injap yang bocor itu.

Bapa Hanya Pemandu Lori, Perlu sediakan Kos Rawatan Anak Rm25k
Apa yg meluluhkan hati kami, mereka perlu menyediakan kos rawatan Adik Qalesya sebanyak RM25k dengan kadar segera.
Keadaan ini sangat menguji keluarga Adik Qalesya, dimana ayahnya hanya seorang pemandu lori dengan pendapatan hanya RM1200 sebulan. Allahu!
Nilai Rm25K ini sangat besar dan diluar kemampuan keluarga adik Qalesya. Namun keluarga ini tidak patah semangat dan berusaha mencari sumber bantuan dari sahabat dan zakat.
\
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261 :
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Bagaimana Nak Hulurkan Bantuan?
Anda boleh pilih ikut pakej di bawah untuk hulurkan bantuan:
- Pakej Generous = RM300
- Pakej Empathy = RM100
- Pakej Kindness = RM50
- Pakej Sincere = RM30
Didoakan moga Allah mudahkan segala urusan hidup anda dan dilipatgandakan rezeki. Amin YRA.
Anda boleh scroll bawah untuk isi butiran.
Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke
akaun di bawah. Bank : Maybank Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION) No akaun : 5505 1097 0218 Reference : “Adik Sofea" |