Akaun myfahealth.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


[MISI RAMADAN] 

Liku Kehidupan Anak Penghidap Jantung Berlubang

Andalah Harapan Mereka Ramadan Ini






Sakit Jantung Ancaman Buat Bayi: Statistik di Malaysia mencatatkan 5,000 bayi lahir setiap tahun menghidapi penyakit jantung kongenital, dan ini yang sedang terjadi kepada masyarakat sekeliling kita! Bahkan boleh berlaku kepada keturunan kita yang akan datang. Nauzubillah...


Cuba bayangkan ada doktor yang menyatakan khabar sedih ini tentang keadaan anak kita, tentu saja luluh hati kita. Terasa berat sungguh ujian yang dialami.














MENUNGGU GILIRAN: Sekarang ini, masih terdapat ramai kanak-kanak yang dalam senarai menunggu untuk dibedah. 


Tetapi kos untuk menjalankan pembedahan terlampau tinggi. Satu pembedahan saja boleh menelan belanja RM25,000 hingga RM60,000 seorang.


    

                      



KELUARGA TAK MAMPU: Kebanyakan ibu bapa kanak2 ini bukan orang senang dan mereka perlu kerja keras untuk mengumpul dana perubatan anak mereka.


Bayangkan ke mana lagi mereka nak korek duit. Anak-anak ini pula jika lambat buat pembedahan, boleh mengancam nyawa mereka.


 

                               






MISI BERSAMA: Kami MyFundAction atas dasar prihatin,  melancarkan Tabung My Heart supaya kita sama-sama dapat bantu ringankan beban ibu bapa yang miliki anak-anak pesakit jantung.





Ada ramai lagi anak-anak kecil yang perlu kita bantu dan mereka sedang tunggu giliran untuk menerima bantuan supaya dapat menampung kos pembedahan.





SASARAN RM 300K 



Setakat ni, kami sasarkan untuk menampung kos pembedahan 10 kanak-kanak setiap bulan dengan jumlah dana RM300,000.



Mereka ini kritikal dan sedang menanti untuk dibedah. Mereka nak sangat hidup dan bermain seperti kanak-kanak normal yang lain. Mungkin RM10 sedikit bagi anda, namun ia sangat bermakna buat mereka.  









SAH SEHINGGA 12 MEI


AYUH KONGSI REZEKI BUAT ANAK INI SEBELUM TERLAMBAT AGAR MEREKA MENJADI SAHAM BUAT KITA DI AKHIRAT KELAK.





Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261 :


“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.


Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”



Walaupun kecil bantuan yang kita beri tapi nilainya sangat besar di sisi Allah. Jadi jangan bertangguh dalam membantu mereka yang memerlukan.




Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Bank : Maybank

Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)

No akaun : 5505 1097 0218

Reference : “Jantung"