Kongsi Rezeki Jumaat- Jatuh Miskin lebih Baik Dari Hilang Si Permata Hati P'hidap Jantung Berlubang

Bayi Baru Lahir Berpotensi Besar Menghidapi Penyakit Jantung Kongenital (Berlubang)
Statistik di Malaysia mencatatkan 5,000 bayi lahir setiap tahun menghidapi penyakit jantung kongenital.
Jantung berlubang berlaku apabila terdapat kerosakan pada struktur jantung dan saluran utama sejak bayi dalam kandungan lagi. Banyak jenis kerosakan jantung berlaku, kebanyakannya sama ada menghalang aliran darah dalam jantung atau saluran berhampiran dengannya atau menyebabkan darah mengalir dalam jantung pada arah yang berlawanan.
Dan ini yang sedang terjadi kepada masyarakat sekeliling kita! Bahkan boleh berlaku kepada keturunan kita yang akan datang. Nauzubillah...
Cuba bayangkan ada doktor yang menyatakan khabar sedih ini tentang keadaan anak kita, tentu saja luluh hati kita. Terasa berat sungguh ujian yang dialami.
Begitulah Realitinya, Tidak Semua Anak2 Kecil Ini Bernasib Baik…
Dikatakan pada tahun 2016 saja, ada 400 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang menghidap jantung berlubang meninggal dunia.
Sekarang ini, masih terdapat ramai kanak-kanak yang dalam senarai menunggu untuk dibedah.
Tetapi kos untuk menjalankan pembedahan terlampau tinggi. Satu pembedahan saja boleh menelan belanja RM25,000 hingga RM60,000 seorang.
Kebanyakan ibu bapa kanak2 ini bukan orang senang dan mereka perlu kerja keras untuk mengumpul dana perubatan anak mereka. Bayangkan ke mana lagi mereka nak korek duit. Anak-anak ini pula jika lambat buat pembedahan, boleh mengancam nyawa mereka.
Bagaimana Kita Boleh Bantu Sebahagian Dari Mereka?
.
Kami MyFundAction atas dasar prihatin, melancarkan Tabung My Heart supaya kita sama-sama dapat bantu ringankan beban ibu bapa yang miliki anak-anak pesakit jantung.
Ada ramai lagi anak-anak kecil yang perlu kita bantu dan mereka sedang tunggu giliran untuk menerima bantuan supaya dapat menampung kos pembedahan.
Berapa Sasaran Dana Yang Diperlukan?
Setakat ni, kami sasarkan untuk menampung kos pembedahan 10 kanak-kanak setiap bulan dengan jumlah dana RM300,000.
Mereka ini kritikal dan sedang menanti untuk dibedah. Mereka nak sangat hidup dan bermain seperti kanak-kanak normal yang lain.
Mungkin RM10 sedikit bagi anda, namun ia sangat bermakna buat mereka. Mereka kini berjuang untuk hidup.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261 :
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Walaupun kecil, nilainya sangat besar di sisi Allah.
Bagaimana Nak Hulurkan Bantuan?
Anda boleh pilih ikut pakej di bawah mengikut kemampuan masing-masing:
- Pakej Generous = RM300
- Pakej Empathy = RM100
- Pakej Kindness = RM50
- Pakej Sincere = RM30
Didoakan moga Allah mudahkan segala urusan hidup anda dan dilipatgandakan rezeki. Amin YRA.
Anda boleh scroll bawah untuk isi butiran.
Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke
akaun di bawah. Bank : Maybank Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION) No akaun : 5505 1097 0218 Reference : “Jantung" |