BANTU IBU INI TANGGUNG KOS PEMBEDAHAN & PENGANGKUTAN BAGI MERAWAT MASALAH KANSER LIDAH BELIAU.
BIARPUN HANYA MENEGUK AIR KOSONG, PEDIH & SAKIT TERASA SAMPAI KE KEPALA
Mendengar rintihan ibu ini menceritakan bagaimana tragedi yang menimpa beliau, kami sebak.
Tidak tergambar bagaimana sedih dan terkejut Puan Rahayu apabila ulcer yang dianggap hanya sakit "biasa" bertukar ke Kanser Lidah tahap 3 hanya dalam satu malam apabila ulcer puan Rahayu pecah & luka ketika beliau sedang tidur.
TIDAK BOLEH MAKAN, MINUM & BERNIAGA SEPERTI DULU
Kesan dari peristiwa itu, Puan Rahayu kini tidak boleh makan & minum secara normal seperti dahulu.
Biarpun hanya meneguk air kosong, pedih & sakit terasa sampai ke kepala.
Kini, Pn Rahayu baru saja selesai menjalani pembedahan dan hanya boleh minum susu khas menggunakan tube yang disalur terus ke perut.
Bukan itu saja, bisnes Char Kuey Teow beliau pun terpaksa dihentikan atas faktor kesihatan yang hilang deria rasa.
TAK MAMPU NAK TAMPUNG KOS RAWATAN & TRANSPORTATION
Puan Rahayu kini perlu meminum susu khas yang disarankan doktor selama 2 bulan sehinggalah luka di lidah beliau pulih. (namun jika lebih 2 bulan masih belum pulih, perlu terus mengambil susu ini)
Harga untuk satu tin susu tersebut adalah RM 98 yang mana satu tin susu ini hanya mampu bertahan untuk 5 hari.
Kos untuk bekalan susu selama 2 bulan:
- RM 1,176 / bersamaan dengan 12 tin susu
Manakala rawatan susulan, setiap bulan Puan Rahayu perlu berulang alik dari Bagan Dato ke Klang bagi mendapatkan rawatan chemotheraphy selama setahun. Kos bagi pengangkutan beliau ulang alik ke hospital adalah RM 160.
Jumlah kos perubatan + pengangkutan yang perlu ditanggung oleh Pn Rahayu: RM 3,096.
Dengan keadaan suaminya bekerja sebagai buruh kasar dan berpendatapatan RM1000 sebulan, ia cukup menjadi beban dan tekanan untuk keluarga ini meneruskan kehidupan.
Lagi-lagi perlu menyara 3 orang anak yang masih bersekolah.
BANTU PN RAHAYU PULIH & CERIA KEMBALI
Atas dasar ihsan, tim MyFundAction menyediakan tabung khas untuk membantu Pn Rahayu dan mereka yang senasib untuk meringankan beban mereka yang kurang bermampuan.
Setiap bulan, kami sasarkan 10 orang pejuang kanser termasuk Puan Rahayu akan merima bantuan sokongan untuk menganggung kos rawatan mereka.
Percayalah tuan puan, bantuan kita baik besar mahupun kecil jumlahnya, ia begitu besar maknanya untuk pejuang kanser seperti Puan Rahayu kembali pulih dan bersemangat seperti dahulu.
Anda boleh pilih pakej di bawah untuk ringankan beban:
✅ PAKEJ A - RM 300
✅ PAKEJ B - RM 100
✅ PAKEJ C - RM 50
✅ PAKEJ D - RM 30
Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580)
Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : Maybank
Nama : MyFundAction
No akaun : 5505 1097 0218
Reference : “KANSER LIDAH”