Akaun myfahealth.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Bantu Asnaf Yg Memerlukan Dgn Menyediakan Klinik Wakaf Bergerak, Hanya RM 30/bahagian wakaf!

Siapa yang berwakaf, nikmatnya bukan saja dapat dinikmati di dunia, namun dapat juga dipetik ‘hasilnya’ di akhirat kelak. InsyaAllah.


Selagi mana bahagian wakaf kita dimanfaatkan, selagi itu pahala berpanjangan buat kita, insyaAllah.

 

Wakaf sebenarnya tidak menghabiskan harta, tetapi mengekalkan harta. Ia mampu menjadi jalan untuk dapatkan redha dan keampunan-Nya.

 



Melalui hadis riwayat Muslim & Sahih Muslim, dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: 

 

“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.


Salah satu caranya adalah dengan berwakaf. Semakin banyak orang memanfaatkannya, semakin banyak & berterusan pahala buat kita.


“Harta boleh dibawa mati. Namun saat kita wakafkan harta, pahala terus mengalir menjadi investasi abadi.”


INNOVASI WAKAF BARU KHAS UNTUK KEPERLUAN KESIHATAN PARA ASNAF & FAKIR MISKIN

Demi menyantuni asnaf dan fakir miskin yang memerlukan di luar sana, kami tim MyFundAction mengambil inisiatif dan membuka peluang untuk kita berwakaf dengan menyediakan bantuan Klinik Wakaf Bergerak.


Klinik ini mempunyai fasiliti lengkap perubatan bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan awal buat golongan B40 yang hidup susah.


Dengan adanya klinik ini, ia dapat mudahkan golongan B40 (yang tiada kenderaan atau jauh dari hospital) mendapat rawatan di tempat masing-masing.








 

Dengan itu, risiko golongan ini mendapat penyakit serius dapat dikurangkan dengan adanya pemeriksaan awal secara #percuma di Klinik Wakaf Bergerak.



BERAPA PERUNTUKAN WAKAF YANG KAMI PERLUKAN 

Setakat ini, MyHeart membuka peluang berwakaf yang bernilai RM500,000. 

 

Ia akan digunakan bagi menampung kos:

✅ Pembelian bas

✅ Alatan mini surgical procedure

✅ Maintenance bas

✅ Ecg, ventilator dan suction

✅ Dressing equipment

✅ Oxygen tank dan stretcher

✅ Kos Operasi

✅ Alatan perubatan pemeriksaan gula dan darah

✅ Ubat-ubatan

 

Oleh itu, besar harapan kami untuk memberi impak kepada hidup golongan B40. 


Ini pun sebenarnya salah satu cara kita menyantuni mereka yang miliki penyakit, hidup susah dan tidak mampu untuk membayar bil perubatan yang tinggi.

 

Jadi, jom sama-sama kita realisasikan Klinik Wakaf Bergerak ini. Misi ini boleh berjaya bilamana rakyat Malaysia sepakat berkongsi rezeki dengan mereka.





 

Bagaimana Anda Boleh Bantu Umat Islam Yang Lain Dengan Berwakaf?

 

Anda boleh berkongsi rezeki dengan mereka dengan memilih pakej tajaan wakaf di bawah:

 

 Waqaf Happiness = RM300

 Waqaf Generous = RM150

 Waqaf Empathy = RM50

✅ Waqaf Kindness = RM30



 

Allah berfirman dalam Surah Ali-Imran, ayat 92: 


“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”

 

Didoakan anda mendapat pahala yang besar dan dilimpahkan rezeki kerana bantu saudara Islam yang dalam kesusahan melalui wakaf. Aamiin YRA.

 

P/s : Anda boleh scroll bawah untuk isi butiran.


Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Bank : Maybank

Nama :  Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (Myheart)

No akaun : 562142423145

Reference : “Klinik"