Keadaan Golongan Asnaf Semakin Terjejas, Mereka Sangat memerlukan Klinik Wakaf Bergerak.

"...Dibandingkan sedekah, manfaat waqaf jauh lebih panjang hingga generasi mendatang. Pahalanya terus mengalir dan berlipat, walau pewakafnya telah meninggal dunia..."
Siapa yang berwakaf, nikmatnya bukan saja dapat dinikmati di dunia, namun dapat juga dipetik ‘hasilnya’ di akhirat kelak. InsyaAllah.
Sempena hari #Jumaat, hari istimewa & banyak fadhilatnya. Jom naikkan "AKAUN AKHIRAT" kita dengan berwakaf bantu mereka yang memerlukan rawatan dan tidak mempunyai kenderaan.
Kanak2 ini sepatutnya perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan mengikut umur bagi mengetahui tahap tumbesaran mereka sama ada normal atau tidak. Namun disebabkan faktor wang dan ketiadaan pengangkutan niat tersebut tidak dapat diteruskan.
Malah terdapat juga golongan B40 yang sangat memerlukan rawatan tapi tidak mampu dan mereka hanya terbaring tanpa ubat mahupun rawatan susulan.
Dimana kita disaat saudara sesama muslim didalam kasusahan!
Allahu, Sebak !!
Melalui hadis riwayat Muslim & Sahih Muslim, dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“..Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya..”
Salah satu caranya adalah dengan berwakaf. Semakin banyak orang memanfaatkannya, semakin banyak & berterusan pahala buat kita.
“Harta boleh dibawa mati. Namun saat kita wakafkan harta, pahala terus mengalir menjadi investasi abadi.”
Maka, Inovasi Wakaf Terbaru Dilahirkan...
Iaitu dengan cara membangunkan Klinik Wakaf Bergerak dalam bentuk van bergerak.

Yang mana klinik ini mempunyai fasiliti lengkap perubatan bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan awal buat golongan B40 yang hidup susah.
Dengan adanya klinik ini, ia dapat mudahkan golongan B40 (yang tiada kenderaan atau jauh dari hospital) mendapat rawatan di tempat masing-masing.
Dengan itu, risiko golongan ini mendapat penyakit serius dapat dikurangkan dengan adanya pemeriksaan awal secara #percuma di Klinik Wakaf Bergerak.
Berapa Wang Wakaf Yang Diperlukan?
Setakat ini, MyFundAction membuka peluang berwakaf yang bernilai RM500,000.
Ia akan digunakan bagi menampung kos:
✅ Pembelian bas
✅ Alatan mini surgical procedure
✅ Maintenance bas
✅ Ecg, ventilator dan suction
✅ Dressing equipment
✅ Oxygen tank dan stretcher
✅ Kos Operasi
✅ Alatan perubatan pemeriksaan gula dan darah
✅ Ubat-ubatan
Oleh itu, besar harapan kami untuk memberi impak kepada hidup golongan B40.
Ini pun sebenarnya salah satu cara kita menyantuni mereka yang miliki penyakit, hidup susah dan tidak mampu untuk membayar bil perubatan yang tinggi.
Jadi, jom sama-sama kita realisasikan Klinik Wakaf Bergerak ini. Misi ini boleh berjaya bilamana rakyat Malaysia sepakat berkongsi rezeki dengan mereka.
-----------------------------------------------
" Allah uji mereka dengan kesusahan hidup agar lebih sabar.. Allah uji kita dengan kesenangan hidup agar lebih bersyukur dan bantu orang lain.."
-----------------------------------------------
Bagaimana Anda Boleh Bantu Umat Islam Yang Lain Dengan Berwakaf?
Anda boleh berkongsi rezeki dengan mereka dengan memilih pakej tajaan wakaf di bawah:
+ Waqaf Happiness = RM300
+ Waqaf Generous = RM150
+ Waqaf Empathy = RM50
+ Waqaf Kindness = RM30
Allah berfirman dalam Surah Ali-Imran, ayat 92:
“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”
Didoakan anda mendapat pahala yang besar dan dilimpahkan rezeki kerana bantu saudara Islam yang dalam kesusahan melalui wakaf. Aamiin YRA.
NOTA PENTING: AKAD WAKAF
Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:
"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Klinik Bergerak untuk asnaf & fakir miskin yang dikelola oleh MyFundAction”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.
Untuk bantuan secara
manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : Maybank Nama : Yayasan Kebajikan Muslim
(MYFUNDACTION) No akaun : 550510970218 Reference
: “Klinik-Wakaf" |