HATI IBU DAN BAPA MANA YG SANGGUP LIHAT ANAKNYA MENDERITA KANSER. JOM BANTU KELUARGA ADIK ADAM

Tuhan menguji setiap hamba-hambaNya dengan kesenangan dan kesusahan.
Setiap orang mempunyai rezeki dan ujian hidup yang berbeza-beza. Ada yang stabil dalam pekerjaan, miliki kewangan yang bagus dan anak-anak yang sihat.
Ada pula yang diuji dengan kesihatan anak, menghidap kanser, tak cukup wang untuk kos rawatan dan berada dalam situasi yang terdesak.
Namun, ia tidak bermakna mereka yang diuji itu Tuhan tidak sayang dan mereka dihukum.
Dan juga tak bermakna yang dikurniakan segala macam rezeki itu dikatakan Tuhan sayang.
Derita Adik Adam, Survival Leukemia
Adik Adam Disahkan menghidap kanser Darah pada umur 10 tahun.
Bermula dengan simptom benjolan di leher yang semakin membengkak dan kerap dahaga menjadi tanda kanser Adik Adam dapat dikesan.
Hati kami tersentuh saat melihat raut wajah lesu dan tidak bermaya Adik Adam. Mungkin disebabkan menahan sakit atau hilang semangat.
Malah, atas nasihat Doktor dua branula terpaksa dilekatkan di tangan kanan Adik Adam kerana faktor urat halus dan Adik Adam sering meronta2 ketika proses ambil darah.
Bapa tiada Kerja Tetap, Adik Adam perlukan RM6000 Kos Kimoterapi
Lebih memeritkan lagi, Ayah Adik Adam tiada gaji tetap dan hanya membantu isterinya berniaga kecil-kecilan. Tak mampu biayai kos rawatan RM6000.
Adik Maulana salah seorang survival kanser dalam usianya yang masih muda.
Bagaimana Kita Boleh Bantu Mereka?
MyFundAction dengan kerjasama Kumpulan Ibu Bapa dan Anak-anak Kanser (KIDS) bersatu hati untuk melancarkan Tabung Kanser kepada orang ramai.
Tabung Kanser ini khas bagi meringankan beban yang ditanggung oleh para ibu bapa untuk membayar kos rawatan anak-anak syurga ini.
Buat fasa awal, MyFundAction mensasarkan kutipan sebanyak RM200,000 bagi menampung kos kit perubatan.
Dengan dana ini, ia akan beri manfaat kepada 2,000 kanak-kanak yang ada kanser.
Kit Perubatan Starter Pack ini terdiri daripada:
✅ Thermometer
✅ Hand sanitiser
✅ Face mask
✅ Pampers
✅ Bekalan susu
✅ Food container
✅ Tuala
Kita tak tahu nasib kita di masa depan. Kita bantu mereka hari ini, insyaallah Allah SWT akan bantu permudahkan urusan kita setiap masa.
*Nota: Setiap pesakit yang dibantu akan menerima jenis bantuan yang berbeza mengikut keperluan mereka.
Jom sama-sama hulurkan bantuan agar kempen ini berjaya dilaksanakan. Mudah-mudahan Allah beri ganjaran yang besar kepada anda yang sudi berkongsi.
“Sesungguhnya Allah akan menolong seorang hamba-Nya selama hamba itu menolong orang yang lain.” - Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi
Bagaimana Nak Hulurkan Bantuan?
Anda boleh pilih ikut pakej di bawah ikut kemampuan masing-masing:
Pakej Noble = RM300
Pakej Generous = RM100
Pakej Empathy = RM50
Pakej Kindness Kanser = RM30
Mudah-mudahan Allah limpahkan rezeki kepada anda asbab sudi memberi dan membantu ringankan ujian penghidap kanser. Amin YRA.
Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah. Bank : Maybank Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION) Reference : “Kanser" |