MENDERITA KANSER TULANG, KAKI MIKHAEL TERPAKSA DIPOTONG DI USIA MUDA
Selepas jatuh ketika sedang bermain futsal, adik Mikhael berusia 16 tahun disahkan menghidap kanser tulang oleh doktor selepas sampel tisu kakinya diambil.
Sering merasa lenguh dan kurang selesa, kemudiannya adik Mikhael ini terpaksa bertongkat kerana kaki kanannya sudah tidak kuat dan sakit jika memijak tanah.
Akibat daripada kanser tulang (Fungating Mass Secondary to Seedling of Osteosarcoma of Right Proximal Tibia) ini, kaki kanannya terpaksa dipotong bagi mengelakkan merebaknya kanser ke bahagian tubuh yang lain.
Adik Mikhael perlu mendapatkan rawatan kemoterapi bagi mengurangkan peluang dan risiko kanser tersebut merebak.
Kami dari Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart) melancarkan Tabung Care For You (Care4U) untuk membantu 100 kanak-kanak yang menghidapi penyakit-penyakit kanser.
Oleh itu, kami menyasarkan RM100,000 daripada sokongan orang ramai untuk menyahut kempen dan memudahkan adik Mikhael dan kanak-kanak kanser yang lain untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.
Allah berfirman :
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)
Mulakan dengan langkah mudah
1. Pilih Pakej Tabung Perubatan di bawah
2. Isi info di bawah
3. Teruskan ke pembayaran
4. Pilih bank anda - boleh guna online transfer
4. Tuan Puan akan menerima resit melalui email