Akaun myfahealth.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Yaman Alami Krisis Kebuluran Ramadan Ini. Jom Bantu Sediakan 100,000 Pek Nutrisi Makanan

Yaman Alami Krisis Kebuluran Ramadan Ini. Jom Bantu Sediakan 100,000 Pek Nutrisi Makanan

Disebabkan perang yang berlarutan sehingga 4 tahun, Yaman kini tersenarai sebagai negara termiskin di DUNIA dengan jutaan rakyatnya berada di ambang kebuluran. Tambah pula pada saat bulan yang mulia ini, keadaan Yaman menjadi teruk. 

 

Umat Islam membunuh sesama sendiri. Hari ini Tim My Heart ingin berkongsi apa sebenarnya yang berlaku di Yaman dan bagaimana kita boleh bantu.

 

Bagaimana Perang Ini Boleh Berlaku?

 

Konflik berasal daripada kebangkitan rakyat “Arab Spring” pada tahun 2011 merebak ke Yaman. Rakyat memberontak terhadap pemimpin autokratik Presiden Ali Abdullah Saleh. 

 

Beliau menyerah kuasa kepada timbalannya, Abdrabbuh Mansour Hadi. Transisi politik itu sepatutnya membawa kestabilan kepada Yaman.

 

Namun Presiden Hadi terpaksa kendalikan situasi yang sangat berat seperti serangan militan, korupsi dan tiada jaminan makanan.

 

Dalam keadaan tidak stabil, golongan Houthi bangkit memberontak bermula pada tahun 2014, menguasai wilayah utara Saada dan kawasan jiran. 

 

Selanjutnya, mereka menguasai ibu negara Sanaa yang akhirnya menyebabkan Hadi terpaksa melarikan diri ke luar negara.

 

Pada 2015, beberapa negara di kawasan dunia Arab bergabung yang diketuai oleh Arab Saudi mengebom Yaman dengan sokongan negara-negara Barat

 

Perang tersebut mencetuskan kemusnahan paling parah di dunia. Yaman seolah kembali ke zaman batu. Ia berlarutan sehingga kini. 

 

Keadaan Yaman Sekarang





Jutaan rakyat hilang tempat tinggal. 


Orang awam, wanita dan kanak-kanak terbunuh. Mereka masih hidup namun berdepan dengan kebuluran dan tiada bekalan makanan. 

 

Menurut PBB, 22.2 juta (75% dari polulasi rakyat) perlukan bantuan kemanusiaan segera. 8.4 juta orang sedang kebuluran. 400,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mempunyai masalah malnutrisi. 


Mereka berdepan dengan krisis makanan dan tidak tahu bila agaknya akan berakhir. Rata-rata mereka daripada kanak kanak dan ibu hamil.


Kerana itu, MyHeart dengan kerjasama Global Peace Mission Malaysia mulakan secepat mungkin kempen bagi rakyat Yaman. 

 

Apa Yang Rakyat Malaysia Mampu Lakukan?




Insya Allah, tim My Heart akan berangkat ke sana April ini untuk salurkan bantuan anda. 


Setakat ini, sasaran MyHeart minimum RM200,000. Wang ini akan digunakan untuk menyediakan 100,000 pek nutrisi makanan iaitu Plumpy Nut buat rakyat Yaman termasuk kanak-kanak kecil.



Nyawa mereka dah di hujung tanduk. Mari bantu saudara kita di sana!


Anda boleh berkongsi rezeki dengan mereka bermula RM10 untuk taja pek nutrisi. Percayalah, bantuan ini besar maknanya buat mereka. 

 

Anda boleh pilih pakej tajaan di bawah :


Pakej Generous = RM300

Pakej Empathy = RM100

Pakej Kindness = RM50

Pakej Kindness = RM30

 

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 197 : “Menolong dan membela yang lemah, mustadh’afin, adalah tanda-tanda orang yang bertakwa.”

 

Didoakan anda mendapat pahala yang besar dan dilimpahkan rezeki kerana bantu saudara Islam yang dalam kesusahan di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Aamiin YRA.

 

P/s : Anda boleh scroll bawah untuk isi butiran.